Saturday 18 October 2014

"Mengapa Pilih Sudan?"


Suasana waktu Asar di dataran padang Markaz At-Thaalibat,IUA

    Sudan,adalah sebuah Negara Arab terpencil dari pengetahuan rakyat Malaysia khususnya. Kedudukannya di Benua Afrika  sememangnya sunyi dari pengetahuan dan buah mulut manusia.Suatu masa dahulu Sudan pernah dikenali di mata rakyat Malaysia dan menjadi tempat menuntut ilmu selepas tamat SPM.Namun,Sudan kini di balik debu-debunya yang melebat sedang mencari ruang untuk menampakkan dirinya di mata dunia. Prasarana,ketidak-iktirafan,dan dasar ekonominya yang mundur membuatkan ianya sukar dikenali dan diminati oleh Negara kita.

    Tambahan pula,syams atau matahari adalah satu lambang Negara Sudan,tertonjol di sini bahawa kepanasan adalah sesuatu yang biasa bagi penghuninya.Bumi Sudan,pernah berada dalam suhu kepanasan mencecah 52o dan suhu biasanya antara 39o-45o.Manakala di musim sejuk pula Bumi El-Nilein ini pernah mencecah suhu terendah 8o minima.
Suasana hadapan International Universiti of Africa,Khartoum

    Namun begitu,secara ringkasnya,sistem pembelajaran di beberapa buah universiti di Sudan ini dikatakan sebagai sistem yang mendisiplin pelajar dan memberansangkan pembelajaran. Contohnya di Universiti  Antarabangsa Afrika ,rekod kehadiran pelajar ke kelas dicatat setiap kali dan kehadiran mempengaruhi kredit .Bagi ketidak-hadiran melebihi 4 kali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan gagal tiga kali dikeluarkan dari universiti.Selain itu,hafazan Al-Quran diwajibkan satu juz setiap tahun di Univesiti ini. Namun,bagi Universiti Al-quranul Karim dan Sains 15 juz diwajibkan bagi perigkat sarjana muda dan 30 juz bagi peringkat master.3 juz sekurang-kurangnya perlu ada bagi diterima masuk ke university tersebut.

   Kadar jumlah rakyat Malaysia yang sedikit di Sudan jug menjadi  salah satu kelebihan mempelajari Bahasa Arab .Oleh kerana  Bahasa Arab menjadi alat penting dan aset yang perlu ada bagi meneruskan kehidupan di Sudan.Pelajar akan berusaha dengan sendiri  secara rela atau terpaksa untuk menguasai bahasa arab samada secara langsung atau tidak langsung.Namun,ianya tetap bergantung atas individu itu sendiri bagaimana dia meletakkan pentingnya bahasa arab.Persekitaran juga memang  banyak membantu dalam pelajar mendapatkan Bahasa Arab.


    Selain itu,kos sara hidup yang sederhana,sedikit sebanyak bakal membuka peluang untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi akan tetapi memiliki semangat untuk meneruskan pelajaran.Sebagai contoh,kita lihat sahaja harga pasaran minyaknya hanya RM1.39 seliter. 3 ringgit Malaysia bersamaan 9 junaih Sudan.(100 usd= RM300 = SDG 900).Ini bermakna, memiliki 150 USD hingga 200 USD sudah memadai bagi kos sara hidup bulanan di Sudan.

#Post seterusnya akan memaparkan senarai jurusan pengajian dan yuran bagi universiti-universiti di Sudan .

Tuesday 14 October 2014

"Pengajian Bahasa Arab di Sudan mendapat tempat"



     Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan ditubuhkan sebagai satu medium ijtimaieah antara pelajar Malaysia di Sudan.Selain itu,PMMS juga menjadi wasilah perhubungan dan informasi antara Malaysia dan Sudan.Sehingga kini,32 orang pelajar direkodkan menjadi ahli rasmi dalam PMMS.Jumlah yang begitu kecil ini tidak pernah menjadi penghalang bagi ahlinya untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan membawa nama Malaysia di mata dunia, malah menjadi batu loncatan bagi pelajar Malaysia di Sudan untuk menguasai Bahasa Arab secara total dan maksima.Oleh kerana keterbatasan tempat untuk bertutur dalam bahasa sendiri,pelajar terpaksa untuk menjadikan bahasa tempatan di sini sebagai alat kehidupan.

   Bahasa Arab atau Bahasa Arab Fushah adalah sangat dirai dan di iktiraf penggunaannya di Sudan(terutama Khartoum).Rata-rata rakyat Sudan,peniaga,pemandu,guru atau pensyarah menggunakan Bahasa Arab yang fasih dalam pergaulan mereka dengan warga asing.Tidak dapat dinafikan tetap ada golongan yang berlidah keras dan tidak dapat mengubah lisan mereka dari lughah ammiahnya,namun  kita tetap mempunyai hak untuk meminta atau mencadangkan mereka bertutur dalam bahasa yang lebih jelas dan baku.Dari situ mereka akan cuba bertoleransi atau berkompromi dalam masalah ini.Dari sinilah hidupnya bahasa para sahabat dan rasul dalam kehidupan seharian pelajar Malaysia di Sudan.Mengikut pandangan rata-rata rakyat Sudan termasuk pensyarah-pensyarah di universiti mereka sangat menasihatkan para pelajar supaya lebih banyak bergaul dengan pelbagai bangsa asing dan tidak hanya tertumpu sesama masyarakat Malaysia sahaja kerana dengan bergaul ini akan menambah kosa kata dan pemahaman dalam Bahasa Arab.Namun semuanya tetap bergantung tahap usaha seseorang itu atas daya kemahuannya.

   Ahli PMMS,terdiri dari 20 orang mahasiswa dan 13 orang mahasiswi yang mana 99% daripadanya jelas status pendidikan mereka.Boleh dikatakan semua ahlinya sedang belajar di universiti-universiti terpilih samaada masih dalam kursus pemantapan bahasa ataupun sudah memasuki kuliah.Rekod terkini hanya seorang pelajar yang sedang  menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana muda (M.A) dan PHD.Kebanyakannya adalah Ijazah Sarjana Muda (B.A) atau lebih bawah.Kesemuanya adalah dalam bidang keagamaan,dinniyah,pendidikan atau Bahasa Arab kecuali dua orang(Perubatan).Namun,semuanya hanya tertumpu di daerah Khatoum,ibu kota Sudan.

  Menyentuh tentang asrama,buat masa ini,tidak ada pelajar Malaysia yang tinggal di asrama baik yang disediakan percuma oleh universiti mahupun berbayar(kecuali seorang-dua).Kesemua pelajar Malaysia disediakan tempat tinggal di rumah-rumah sewa berhampiran kampus secara majmu`ah.Kos perbelanjaan makan dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya oleh pelajar sendiri dan tidak ada tanggungan dari mana-mana badan atau persatuan. Segala peralatan dan keperluan asas hendaklah ditaja sendiri bagi pelajar baru dan akan dibimbing oleh pelajar lama jika perlu.

  Keamanan pelajar-pelajar Malaysia di Sudan in sha Allah terjamin dibawah perlindungan Allah s.w.t dan pemantauan kedutaan Malaysia ke Sudan yang terletak tidak jauh dari penempatan pelajar.Selain itu,kadar jenayah yang rendah dan ketiadaan desas desus rusuhan menjamin keselamatan dan keamanan di sini.Sekalipun jika ada kebarangkalian hal negatif,pelajar-pelajar ini akan berada dibawah kawalan wakil duta Malaysia ke Sudan.Staff -staff Petronas juga mengambil tugas ibu dan ayah sebagai pemantau anak-anak pelajar di sini.

Wallahu 'alam...

Friday 10 October 2014

Blog Rasmi PMMS




Assalamualaikum w.b.t

  Ini adalah page rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia SUDAN (PMMS).Semua info dan maklumat adalah yang terkini (Okt 2014).Sebarang aktiviti dan pemberitahuan akan di'update' dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan/kemusykilan boleh hubungi nombor pihak bertanggungjawab yang tertera di blog ini.Atau lawati page rasmi di facebook kami : Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan