Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
ditubuhkan sebagai satu medium ijtimaieah antara pelajar Malaysia di
Sudan.Selain itu,PMMS juga menjadi wasilah perhubungan dan informasi antara
Malaysia dan Sudan.Sehingga kini,32 orang pelajar direkodkan menjadi ahli rasmi
dalam PMMS.Jumlah yang begitu kecil ini tidak pernah menjadi penghalang bagi
ahlinya untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan membawa nama Malaysia di
mata dunia, malah menjadi batu loncatan bagi pelajar Malaysia di Sudan untuk
menguasai Bahasa Arab secara total dan maksima.Oleh kerana keterbatasan tempat
untuk bertutur dalam bahasa sendiri,pelajar terpaksa untuk menjadikan bahasa
tempatan di sini sebagai alat kehidupan.
Bahasa Arab atau Bahasa Arab Fushah adalah sangat dirai dan di iktiraf
penggunaannya di Sudan(terutama Khartoum).Rata-rata rakyat
Sudan,peniaga,pemandu,guru atau pensyarah menggunakan Bahasa Arab yang fasih
dalam pergaulan mereka dengan warga asing.Tidak dapat dinafikan tetap ada golongan
yang berlidah keras dan tidak dapat mengubah lisan mereka dari lughah
ammiahnya,namun kita tetap mempunyai hak
untuk meminta atau mencadangkan mereka bertutur dalam bahasa yang lebih jelas
dan baku.Dari situ mereka akan cuba bertoleransi atau berkompromi dalam masalah
ini.Dari sinilah hidupnya bahasa para sahabat dan rasul dalam kehidupan
seharian pelajar Malaysia di Sudan.Mengikut pandangan rata-rata rakyat Sudan
termasuk pensyarah-pensyarah di universiti mereka sangat menasihatkan para
pelajar supaya lebih banyak bergaul dengan pelbagai bangsa asing dan tidak
hanya tertumpu sesama masyarakat Malaysia sahaja kerana dengan bergaul ini akan
menambah kosa kata dan pemahaman dalam Bahasa Arab.Namun semuanya tetap bergantung
tahap usaha seseorang itu atas daya kemahuannya.
Ahli PMMS,terdiri dari 20 orang mahasiswa dan 13 orang mahasiswi yang
mana 99% daripadanya jelas status pendidikan mereka.Boleh dikatakan semua
ahlinya sedang belajar di universiti-universiti terpilih samaada masih dalam
kursus pemantapan bahasa ataupun sudah memasuki kuliah.Rekod terkini hanya
seorang pelajar yang sedang menyambung
pelajaran dalam peringkat sarjana muda (M.A) dan PHD.Kebanyakannya adalah
Ijazah Sarjana Muda (B.A) atau lebih bawah.Kesemuanya adalah dalam bidang keagamaan,dinniyah,pendidikan
atau Bahasa Arab kecuali dua orang(Perubatan).Namun,semuanya hanya tertumpu di
daerah Khatoum,ibu kota Sudan.
Menyentuh tentang asrama,buat masa ini,tidak ada pelajar Malaysia yang
tinggal di asrama baik yang disediakan percuma oleh universiti mahupun
berbayar(kecuali seorang-dua).Kesemua pelajar Malaysia disediakan tempat
tinggal di rumah-rumah sewa berhampiran kampus secara majmu`ah.Kos perbelanjaan
makan dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya oleh pelajar sendiri dan tidak ada
tanggungan dari mana-mana badan atau persatuan. Segala peralatan dan keperluan
asas hendaklah ditaja sendiri bagi pelajar baru dan akan dibimbing oleh pelajar
lama jika perlu.
Keamanan pelajar-pelajar Malaysia di Sudan in sha Allah terjamin dibawah
perlindungan Allah s.w.t dan pemantauan kedutaan Malaysia ke Sudan yang
terletak tidak jauh dari penempatan pelajar.Selain itu,kadar jenayah yang
rendah dan ketiadaan desas desus rusuhan menjamin keselamatan dan keamanan di
sini.Sekalipun jika ada kebarangkalian hal negatif,pelajar-pelajar ini akan
berada dibawah kawalan wakil duta Malaysia ke Sudan.Staff -staff Petronas juga
mengambil tugas ibu dan ayah sebagai pemantau anak-anak pelajar di sini.
Wallahu 'alam...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSy nak bertanya kepada PPMS mcm mner kalau sy nak berdaftar di bawah PPMS.
TQ.