![]() |
Suasana waktu Asar di dataran padang Markaz At-Thaalibat,IUA |
Sudan,adalah sebuah Negara Arab terpencil
dari pengetahuan rakyat Malaysia khususnya. Kedudukannya di Benua Afrika sememangnya sunyi dari pengetahuan dan buah
mulut manusia.Suatu masa dahulu Sudan pernah dikenali di mata rakyat Malaysia
dan menjadi tempat menuntut ilmu selepas tamat SPM.Namun,Sudan kini di balik
debu-debunya yang melebat sedang mencari ruang untuk menampakkan dirinya di
mata dunia. Prasarana,ketidak-iktirafan,dan dasar ekonominya yang mundur membuatkan
ianya sukar dikenali dan diminati oleh Negara kita.
Tambahan pula,syams atau
matahari adalah satu lambang Negara Sudan,tertonjol di sini bahawa kepanasan
adalah sesuatu yang biasa bagi penghuninya.Bumi Sudan,pernah berada dalam suhu
kepanasan mencecah 52o dan suhu biasanya antara 39o-45o.Manakala
di musim sejuk pula Bumi El-Nilein ini pernah mencecah suhu terendah 8o
minima.
![]() |
Suasana hadapan International Universiti of Africa,Khartoum |
Namun begitu,secara
ringkasnya,sistem pembelajaran di beberapa buah universiti di Sudan ini
dikatakan sebagai sistem yang mendisiplin pelajar dan memberansangkan
pembelajaran. Contohnya di Universiti
Antarabangsa Afrika ,rekod kehadiran pelajar ke kelas dicatat setiap
kali dan kehadiran mempengaruhi kredit .Bagi ketidak-hadiran melebihi 4 kali
tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan gagal tiga kali dikeluarkan dari
universiti.Selain itu,hafazan Al-Quran diwajibkan satu juz setiap tahun di
Univesiti ini. Namun,bagi Universiti Al-quranul Karim dan Sains 15 juz
diwajibkan bagi perigkat sarjana muda dan 30 juz bagi peringkat master.3 juz
sekurang-kurangnya perlu ada bagi diterima masuk ke university tersebut.
Kadar jumlah rakyat
Malaysia yang sedikit di Sudan jug menjadi
salah satu kelebihan mempelajari Bahasa Arab .Oleh kerana Bahasa Arab menjadi alat penting dan aset yang
perlu ada bagi meneruskan kehidupan di Sudan.Pelajar akan berusaha dengan
sendiri secara rela atau terpaksa untuk
menguasai bahasa arab samada secara langsung atau tidak langsung.Namun,ianya
tetap bergantung atas individu itu sendiri bagaimana dia meletakkan pentingnya
bahasa arab.Persekitaran juga memang
banyak membantu dalam pelajar mendapatkan Bahasa Arab.
Selain itu,kos sara
hidup yang sederhana,sedikit sebanyak bakal membuka peluang untuk pelajar bagi
melanjutkan pelajaran terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dari segi
ekonomi akan tetapi memiliki semangat untuk meneruskan pelajaran.Sebagai
contoh,kita lihat sahaja harga pasaran minyaknya hanya RM1.39 seliter. 3
ringgit Malaysia bersamaan 9 junaih Sudan.(100 usd= RM300 = SDG 900).Ini
bermakna, memiliki 150 USD hingga 200 USD sudah memadai bagi kos sara hidup
bulanan di Sudan.
#Post seterusnya akan memaparkan senarai jurusan pengajian dan yuran bagi universiti-universiti di Sudan .
No comments:
Post a Comment