Saturday 14 May 2016

AL QURAN VS MAZHAB SYAFI'E

Oleh : Ust Zamri Hashim

        Semasa bersiaran di Radio Perak di dalam rancangan soal jawab agama, saya tertarik dengan satu soalan yang diutarakan melalui soalan khidmat pesanan ringkas (SMS). Di sini saya cuba kongsikan sesuatu yang menjadi persoalan tersirat yang semakin melaus berlaku di dalam masyarakat. Soalan itu berbunyi -seingat saya- "Apa hukumnya ustaz, saya sebagai isteri beramal dengan Mazhab Syafi'e sedangkan suami saya beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah. Adakah saya dikira sebagai isteri yang derhaka?"

        Bila diamati soalan itu barulah saya fahami dan insafi bahawa aliran menolak mazhab semakin kronik. Malah ia menjadi semakin parah apabila merasa diri terlalu yakin untuk menginsbat hukum terus daripada al-Quran dan al-Hadith tanpa merujuk kepada salah satu daripada mazhab yang empat. Dalam masa yang sama tidak melengkapkan diri dengan ilmu alat yang munasabah serta berpada dengan potongan beberapa minit video-video pendek. Sehingga menjelmakan fenomena merendah-rendahkan pandangan ulama saatu-satu mazhb.

        Adakah fenomena melafazkan niat ketika hendak memulakan solat seperti yang diajar oleh ulama-ulama mazhab Syafi'e tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah sebaliknya hanya mengikut Mazhab Syafi'e? Persoalan itu timbul kerana niat yang diajar oleh ulama tidak ada dalam al-Quran mahupun Hadith yang secara langsung mengenainya.

        Apakah menyapu muka selepas memberi salam ketika solat dianggap hanyalah beramal dengan Mazhab Syafi'e? Mungkinkah ia membawa maksud tidak beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana tiada dalil langsung daripadanya?

        Inilah fenomena penyakit ilmu apabila masyarakat didedahkan dan terdedah dengan hanya menghafal hukum tetapi tidak didedahkan dengan ilmu bagaimana hukum itu dibuat. Bahkan sangat minimum pendedahan tokoh-tokoh imam mazhab yang bersattus mujtahid mutlak ini kepada masyarakat.

        Hukum yang biasa difahami oleh orang awam iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram itu ada tempat ambilannya. Bukan muncul secara tiba-tiba mahupun sengaja direka-reka oleh ulama. Sumber ambilan hukum-hukum itu adalah daripada dalil-dalil syarak (al Adillah al Syar'iyyah). Dalil-dalil syarak juga dinamakan sebagai sumber asal hukum yang utama adalah al-Quran dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ada dalil-dalil atau sumber-sumber sokongan lain yang juga digunakan para ahli feqah (fuqaha') untuk membuat kesimpulan hukum seperti ijmak, qiyas, istishab, masalih mursalah, istihsan, qaul sahabi, 'uruf, sad az-zara' dan syari'at man qablana.

        Bagi yang menekuni ulum syariah daripada titik awal dan bukan yang menadah ilmu meloncat terus ke peringkat kesimpulan hukum, sedia memaklumi bahawa imam empat-empat mazhab termasuk Imam Mazhab Syafi'e yang menjadi subjek soalan tadi meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber hukum yang paling utama. Di samping mereka merujuk juga kepada dalil-dalil syarak atau sumber hukum lain dengan memberi keutamaan yang agak berbeza di antara satu sama lain.

       Mazhab Hanafi menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama. Selepas itu diikuti dengan ijmak, fatwa sahabat nabi saw, qiyas, istihsan, adat dan 'uruf masyarakat.

        Mazhab Maliki juga menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama. Ijmak, qias, Masalih Mursalah, amal ahli Madinah dan pendapat-pendapat sahabat juga dijadikan sumber hukum oleh Imam Malik.

        Mazhab Syafi'e turut menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama hukum diikuti dengan ijmak dan qias.

        Mazhab Hambali juga seperti tiga imam mazhab sebelumnya turut meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama hukum, di samping Fatwa sahabat, hadith mursal dan qiyas.

        Kesimpulannya Imam Mazhab yang empat termasuk Imam Syafi'e telah menjadikan al-Quran  dan al-Sunnah sebagai sumber hukum yang utama. Maka tiudak timbul langsung berlaku pertentangan antara al-Quran dengan mazhab Syafi'e seperti persoalan yang timbul di awal tulisan ini tadi.

NIAT DALAM AL-QURAN

        Kembali kepada isu melafazkan niat. Qaul (pendapat) yang muktamad dalam mazhab Syafi'e, sunat melafazkan niat pada semua ibadat. Ia diqiaskan dengan perbuatan Nabi saw yang melafazkan niat ketika mengerjakan Haji dan Umrah.

        "Daripada Anas : Aku mendengar Rasulullah saw mengucapkan Labbaik, aku sengaja mengerjakan umrah dan haji.(HR Muslim)"

       Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan dalam kitab Tuhfah bahawa lafaz ushalli ini diqiaskan kepada haji. Maka apabila kita amat-amati ulama-ulama Mazhab Syafi'e tidak memandai-mandai membuat hukum sesuka hati.

        Walaupun tiada dalil khusus daripada al-Quran dan al-Hadith mengenai hukum berlafaz niat namun mereka menggunakan dalil Qiyas. Al-Quran sendiri mengisyaratkan agar kita menggunakan dalil Qiyas untuk menyelesaikan masalah.

        "Allahlah yang menurunkan Al-Kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) mizan." Surah as-Syura ayat 17)

        Mizan atau timbangan adalah sesuatu yang perkara-perkara ditimbang dengannya. "Sebagaimana kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya." (Surah al-Anbiya' ayat 104)
        "Dan Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu." (Surah al-Fatir ayat 9)

        Allah menyerupakan pengulangan penciptaan dengan permulaannya, dan menyerupakan menghidupkan yang mati dengan menghidupkan bumi, ini adalah Qiyas.

        Apabila benar-benar memahami susur jalur Mazhab Syafi'e membuat kesimpulan hukum maka dapatlah kita fahami bahawa tidak berlaku seperti yang didakwa berlaku pertentangan antara al-Quran dengan metodologi Mazhab Syafi'e. Begitu juga isu menyapu muka selepas salam. Mazhab Syafi'e mengambil dalil dari Hadith riwayat Ibnu Sunni, al Bazzar, Tabrani dan Ibnu 'Adi.

        Anas bin Malik menyatakan adalah Rasulullah saw apabila selesai daripada solat, Baginda menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah hilangkanlah daripadaku kegundahan dan kedukaan."

        Para Imam mazhab yang empat termasuklah Imam Syafi'e adalah orang yang sangat memahami al-Quran bahkan beliau memiliki kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Adalah mustahil menggambarkan kesimpulan-kesimpulan hukum yang dilakukan Imam Syafi'e dan pendukung-pendukung yang mengikuti metodologi pendalilan Imam mereka bertentangan dengan al-Quran.

       Hanya mengetahui hukum tetapi kurang mengetahui cara bagaimana hukum itu disimpulkan daripada dalil-dalil menyebabkan seseorang kurang atau tidak menghormati, bahkan memandang serong kepada kemampuan imam-imam mazhab. Lantaran itu mereka tidak segan silu mengajak orang alin untuk melepaskan diri daripada bermazhab dan berpada dengan 'berijyihad' sendiri terus mendapat hukum daripada ayat al-Quran dan al-Hadith walaupun tidak mempunyai kelayakan yang munsabah untuk berijtihad.


Disunting oleh:
Kelab Media Mahasiswa Malaysia
Lajnah Penerangan Dan Penerbitan
Khartoum, Sudan

Thursday 28 April 2016

Musabaqah Tsaqafiyyah 2016, Sudan

[Throw Back]

Pada 22 April 2016, Jumaat, Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan telah menyertai Program Musabaqoh Tsaqafiyyah anjuran Persatuan Mahasiswa Indonesia di Sudan.
Dalam program tersebut, pihak HELWI telah menghantar beberapa orang wakil dari kalangan Mahasiswi untuk menyertai beberapa Pertandingan.
Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh HELWI:
1: Johan Reka Cipta Kitar Semula yang disertai oleh : Ummu Humaira, Nurussyifa' dan Nur Izzah Husna
2: Naib Johan Musalsah yang disertai oleh : Jamilah Rawaida
3: Naib Johan Reportase Kesudanan yang diwakili oleh Aishah Nabiela, Mas Ummi dan Nur Izzah Husna.



Pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang sekaligus dapat menaikkkan nama Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan khususnya dan Negara Malaysia amnya.
Semoga kejayaan yang dicapai oleh mereka menjadi penyuntik semangat kepada kita semua sebagai ahli PMMS untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim dengan saudara seislam di Bumi Sudan dan bersama-sama membawa imej yang baik untuk PMMS dan juga Negara Malaysia yang Tercinta.
Dilaporkan oleh:
Sdr. Mohd Hafizul Syafiq
Exco Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan29 April 2016
Khartoum, Sudan

(Kredit gambar drp Nur Izzah Husna, Timbalan Exco Lajnah Penerangan dan Penerbitan)

Saturday 1 August 2015

Umat Islam 'Dipadamkan' Dari Republik Afrika Tengah

Umat Islam ‘Dipadamkan’ Dari Republik Afrika Tengah

Sumber : BuletinOnline

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International (AI) berkata, militia telah mengambil kesempatan daripada ‘vakum politik’ di Republik Afrika Tengah (CAR), melakukan pembersihan etnik umat Islam dalam usaha untuk ‘memadamkan’ masyarakat itu di negara tersebut.

Penasihat Kanan AI, Joanne Mariner, memberitahu Al Jazeera bahawa umat Islam di bahagian barat negara terbabit telah ditindas dan dipaksa untuk meninggalkan agama mereka.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan laporan bertajuk “Pengenalan Dipadamkan: Umat Islam di Kawasan Pembersihan Etnik Republik Afrika Tengah’, pada hari Jumaat.

Lebih daripada 30,000 orang Islam yang tinggal di tujuh kawasan penempatan diseluruh negara CAR dijaga oleh tentera PBB.

Tetapi bagi mereka yang tinggal di luar, terutamanya di kawasan luar bandar, mereka menjadi sasaran dengan sewenang-wenangnya, jelas laporan itu.

“Mereka tidak dibenarkan untuk menyatakan diri mereka sebagai orang Islam, jika mereka berada di luar kawasan penempatan, mereka tidak boleh menunaikan solat, pakaian dalam apa-apa cara yang dikenal pasti mereka sebagai orang Islam,

“Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada rutin harian rundingan dengan pejuang anti-Balaka.” ,” kata Mariner

Beliau berkata ramai yang telah dipaksa memeluk agama Kristian atau menghadapi penganiayaan dari masyarakat.

Lebih daripada satu juta orang telah berpindah sejak Islam yang dipimpin pemberontak Seleka mengambil alih Bangui, ibu negara CAR, pada bulan Mac 2013.

Berikutan beberapa siri penyalahgunaan oleh pemberontak Seleka, kumpulan Vigilante dikenali sebagai anti-Balaka (anti-parang) muncul untuk melawan kepimpinan baru.

Tetapi anti-Balaka, terdiri daripada animisme dan pejuang Kristian, juga mensasarkan minoriti Muslim di negara itu, dilihat sebagai bersimpati kepada Seleka.

Laporan Amnesty itu, berdasarkan satu siri temu bual dengan penduduk di seluruh CAR, yang mengutip kata militia sebagai “melepaskan gelombang keganasan penghapusan etnik yang bertujuan untuk memaksa umat Islam untuk meninggalkan negara ini”.

“Ini tidak selamat terus dan ancaman dari anti-Balaka datang dari sana kerana ketiadaan sebuah negara,” kata Mariner.

Walaupun keganasan di CAR telah mengalami penurunan sejak lewat 2014, negara ini sebahagian besarnya masih tidak selamat.

Disunting oleh:
Kelab Media Baru
Lajnah Penerangan Dan Penerbitan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
1 Ogos 2015
Khartoum, Sudan

Thursday 23 July 2015

Islam Sebagai Pedoman Bernegara

Islam Sebagai Pedoman Bernegara

Oleh:
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

“Sememangnya bagi negeri Saba’ di kediaman mereka terdapat mercu tanda iaitu dua taman di sebelah kanan dan kiri. Makanlah kamu sebahagian rezki yang diberikan Rabb kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Sebuah negara yang baik beserta Rabb yang Maha pengampun.” (Surah Saba ayat 15)

Tugasan para Nabi sepanjang zaman termasuklah Nabi kita Muhammad saw ialah mengajak manusia menjadi hamba kepada Allah menerusi Islam kerana itulah kunci kebahagian.

Tugasan dakwah disambung oleh para Sahabat Nabi saw dan para Ulamak yang datang selepas mereka dengan menyebarkan Islam kepada seluruh umat manusia sehingga Islam menjadi paksi pemerintahan dan pentadbiran yang memberikan keadilan dan keharmonian hidup.

Nabi saw telah menjadi teladan yang unggul dalam menguruskan negara Madinah yang harmoni dan adil berasaskan Islam. Ia disambung oleh para Khulafa’ selepas baginda saw sehingga Islam mendasari pemerintahan kawasan yang sangat luas di seluruh dunia. Legasi pemerintahan Islam bertapak kukuh ratusan tahun sehinggalah berakhirnya Khilafah Uthmaniyah pada 1924 di Timur Tengah dan penyusutan kuasa Kesultanan Islam di alam Melayu dengan yang terakhirnya Terengganu pada 1919.

Antara tugasan besar umat hari ini ialah mengajak manusia untuk memerintah negara dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis dalam semua aspek keperluan hidup.

Ekonomi perlu diuruskan dengan cara Islam yang menolak sistem riba yang berleluasa dan menguasai pengurusan ekonomi dan perniagaan hari ini. Sistem ekonomi kapitalis yang memberi peluang si kaya menindas si miskin dan melebarkan jurang antara kaya dan miskin perlu ditukar dengan sistem ekonomi Islam.

Sistem sosial bermasyarakat perlu berlandaskan Islam yang memupuk perpaduan antara kaum, kejiranan yang baik, bahu-membahu, keprihatinan pada masyarakat, tidak bersifat keakuan, ketinggian akhlak dan budi, menolak kezaliman dan memberikan hak kepada yang berhak.

Sistem kehakiman dan Undang-undang jenayah yang digubal oleh para penjajah dan terbukti gagal menjadikan penjenayah kembali kepada Allah dan gagal mengurangkan kadar jenayah perlu ditukar dengan undang-undang jenayah Islam merangkumi Hudud, Qisas dan Ta’zir.

Pembangunan kebendaan dengan perspektif dunia yang sempit dan mengecilkan kepentingan pembangunan keperibadian insan dan sumber manusia perlu diperluaskan kepada pembangunan jiwa, akhlak dan sakhsiyah yang melihat keluasan Akhirat, syurga dan pahala.

Segala urus tadbir kementerian mestilah berasaskan prinsip Islam sama ada kementerian pendidikan, sumber manusia, perumahan, pengangkutan, kesihatan, pelancongan dan kebudayaan, pertanian, perdagangan, hal ehwal dalam negeri, hal ehwal luar negeri, pertahanan, pembangunan wanita, belia dan sukan, hal ehwal pengguna, sumber asli dan alam sekitar, tenaga, komunikasi, kemajuan luar bandar dan lain-lain.

Pelbagai kemelut yang dirasai oleh rakyat Malaysia hari ini sama ada melibatkan ketidakstabilan politik, ketirisan pengurusan kewangan negara, kepincangan pengurusan ekonomi yang tergambar menerusi inflasi, kejatuhan nilai mata wang, cukai yang zalim dan kerosakan sistem sosial, hubungan kemanusiaan, kekeluargaan dan kejiranan semuanya berpunca daripada meninggalkan Islam.

Maka tiba saatnya seruan unuk kembali kepada sistem pemerintahan Islam dilaungkan dan dinobatkan. Seruan perkauman yang sempit, rebutan kuasa dan kebobrokan parti-parti politik tidak berlandaskan Islam dan gaya berpolitik kepartian yang merosakkan negara sewajarnya menjadi pemangkin untuk dakwah Islam terus diperkasakan.

“Istiqamah Hingga Menang"

Disunting oleh:
Kelab Media Baru
LPP PMMS
Khartoum, Sudan
Khamis
7 Syawal 1436h

Monday 20 July 2015

Pengajaran Daripada Peristiwa Ahzab

Pengajaran dari Peristiwa Ahzab

oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

1.Penentangan yg berterusan dan menyeluruh drpda golongan Kuffar di sepanjang zaman.
Peristiwa perang Ahzab ini kekal dalam ingatan umat Islam dan disuburkan ingatan ini setiap kali kita menyambut Hari Raya. Ini menjadi hujah mengapa peristiwa ini sangat signifikan dalam sejarah Islam. Perang ini juga diletakkan sebagai tajuk surah dalam al-Quran, iaitu surah al-Ahzab yang mana Allah telah menceritakan peristiwa ini daripada ayat 9 hingga ayat 23.

Menurut as-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, ayat 9 hingga ayat 23 surah al-Ahzab ini memulakan penerangannya mengenai peristiwa peperangan Ahzab dengan mengingatkan orang-orang beriman supaya mengenangkan nikmat Allah yg telah menghalau tentera-tentera bersekutu yg berniat untuk menghapuskan mereka, jika tidak kerana pertolongan Allah dan kekuasaanNya yg halus. Justeru itu, di dalam ayat yg pertama ini al-Quran hanya menerangkan tabiat, permulaan dan penghabisan peristiwa itu dgn ringkas sahaja dengan tujuan untuk menonjolkan nikmat yg besar itu sebelum menceritakannya denan terperinci. Ia mengingatkan mereka dengan nikmat dan meminta mereka, yakni orang mukmin mengingatiNya di samping bertujuan mengingatkan orang-orang beriman agar menurut perintah Allah yang meminta mereka mengikuti wahyunya, berserah kepadanya dan tidak mengikut orang-orang kafir dan munafiq. Allah juga yang melindungi orang-orang yg bertugas mengembangkan dakwah dan agamanya dari pencerobohan orang-orang kafir dan munafiq.

Firman Allah Taa'la bermaksud: 
"Wahai orang-orang beriman, Ingatlah nikmat Allah yg dikurniakan kepada kamu ketika kamu diserang oleh tentera-tentera Ahzab, lalu Kami hantarkan kepada mereka ribut yg kencang dan tentera-tentera malaikat yg kamu tidak dapat melihatnya. Dan sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yg kamu lakukan." (Al-Ahzab: 9)

Demikianlah dalam ayat permulaan yg ringkas ini al-Quran menyebut permulaan dan penghabisan peperangan itu, iaitu kedatangan pasukan-pasukan tentera musuh dan bagaimana Allah melepaskan angin ribut dan tentera-tentera yang tidak dapat dilihat oleh orang-orang beriman. Juga berkenaan pertolongan Allah yg ada kaitannya dengan ilmu Allah yang mengetahui keadaan mereka dan melihat perbuatan-perbuatan yang mereka lakukan.

Kemudian selepas peperangan secara umum itu barulah al-Quran memulakan penceritaan yang terperinci.
Firman Allah Taa'la yg bermaksud:
"Iaitu ketika mereka menyerang kamu dari atas dan bawah, dan ketika mata (kamu) memandang liar dan hati (kamu) sebak sehingga ke kerongkong (kerana cemas) dan kamu menaruh berbagai-bagai sangkaan terhadap Allah."(al-Ahzab:10)

Firman Allah Taa'la yg bermaksud:
"Di sanalah orang-orang Mukminin diuji dan digoncangkan hati mereka dengan goncangan yang kuat."(al-Ahzab:11)

Firman Allah Taa'la yg bermaksud:
"Dan kenangilah orang-orang munafiqin dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hati mereka berkata: "Tiada yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita melainkan palsu belaka."(al-Ahzab:12)

Firman Allah Taa'la yg bermaksud:
"Dan kenangilah ketika segolongan dari mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib!bukan tempatnya bagi kamu berjuang di sini, oleh itu baliklah! Segolongan yg lain dari mereka pula meminta izin hendak balik dari Nabi sambil berkata: "sesungguhnya rumah-rumah kami terdedah kepada serangan-serangan musuh sedangkan sebenarnya rumah-rumah itu tidak terdedah. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri sahaja."(al-Ahzab:13)

Menurut as Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, itulah gambaran ketakutan dan kesusahan yang menyelubungi kota Madinah. Tiada seorangpun dari penduduknya yang terselamat dari ketakutan itu, kerana dikepung dari segenap sudutnya oleh tentera-tentera musyrikin Quraisy, Ghatfan dan orang-orang Yahudi Bani Quraizah dari hulu dan hilirnya. Rasa cemas dan takut ini tidak berbeza-beza di dalam hati setiap mereka. Cuma yg berbeza ialah cara mereka menyebut peristiwa itu, sangkaan masing-masing ketika menghadapi kesusahan dan tanggapan terhadap nilai-nilai sebab-sebab dan natijah menghadapi sesuatu peristiwa. Justeru, ujian ini merupakan satu ujian yg sempurna dan halus. Ia dapat membezakan di antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang munafiq dengan perbezaan yg tegas dan tidak diragui.

Pada hari peperangan ini, dapat dilihat situasi orang-orang munafiq meliputi ciri-cirinya, segala emosi dan lintasan-lintasan fikiran dan segala gerak geri mereka. Semuanya terbentang di hadapan kita seperti yang diceritakan oleh al-Quran. Gambaran kekalutan mereka, ketakutan, kecemasan dan kesusahan yg dipamerkan melalui wajah-wajah dan debaran-debaran di dalam jantung mereka. Ini dijelaskan oleh ayat 10 surah al-Ahzab.

Muhammad Ibn Maslamah menyebutkan "Pada malam kami mengawal parit pertahanan itu sama seperti siang. Panglima-panglima perang tentera kaum Musyrikin bergilir-gilir di antara mereka. Sehari dipimpin oleh Abu Suffian Ibn Harb, hari yg lain oleh Khalid Ibn Walid, kemudiannya oleh Amr Ibn al-'Ash diganti pula oleh Ikrimah bin Abu Jahal, seterusnya diketuai pula oleh Hubairah Abu Wahab dan yang lainnya hingga keadaan menjadi begitu gawat dan turut mencemaskan orang ramai.

Angkatan perang Musyrikin telah melakukan serangan mengejut pada waktu dinihari, lalu Rasulullah SAW menyediakan para sahabatnya berperang hingga ke malam. Rasulullah SAW dan setiap dari tentera Islam tidak dapat meninggalkan tempat masing-masing sehingga beliau sendiri tidak dapat menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Para sahabat mengadu kepada Nabi SAW perihal mereka tidak dapat menunaikan sembahyang. Nabi SAW menjawab mengatakan bahawa Baginda juga tidak sempat menunaikan solat. Sehinggalah Allah mengundurkan tentera-tentera Musyrikin dan kedua-dia pihak pulang ke tempat kediaman masing-masing. Kemudiannya Usayd Ibnu Hudair mengetuai satu angkatan perang seramai dua ratus orang berkawal di tepi parit pertahanan itu lalu diserang hendap oleh tentera berkuda Musyrikin di bawah pimpinan Khalid Ibn Walid yg sentiasa mencari kelalaian dan kelemahan umat Islam. Mereka pun berperang seketika.

Di dalam situasi inilah bapa saudara Nabi SAW telah terbunuh di tangan Wahsyi melalui lontaran lembingnya. Kesibukan berperang ini telah menyebabkan baginda Rasulullah SAW bersabda: "Kaum Musyrikin telah membuat kita begitu sibuk sehingga kita tidak sempat mendirikan solat Asar. Ya Allah! Penuhkan perut dan hati mereka dengan api neraka."

Di samping itu juga, tentera Muslimin juga menghadapi tipu daya kaum munafiqin dan penyebae-penyebar khabar angin di kota Mekah dan di dalam barisan-barisan bala tentera Islam. Di dalam suasana kesusahan dan kecemasan yang menggoncangkan hati itu, orang-orang Munafiqin mendapat peluang mendedahkan rahsia jiwa mereka yg keji tanpa kebimbangan dikecam oleh sesiapapun. Mereka melemahkan semangat orang Islam, menimbulkan keraguan terhadap janji Allah dan sebagainya. Mereka merasa aman bahawa tiada sesiapapun akan menyalahkan apa sahaja yang mereka lakukan.

Golongan Munafiqin dan penyebar-penyebar khabar angin seperti mereka ini memang terdapat di dalam semua kumpulan. Sikap mereka dalam menghadapi keadaan gawat itu adalah sama dengan sikap saudara-saudara mereka tadi. Mereka adalah contoh golongan manusia yang berulang-ulang di dalam generasi-generasi dan kumpulan manusia di sepanjang zaman. Mereka menghasut penduduk Madinah supaya meninggalkan barisan perjuangan dan pulang ke rumah dengan alasan bahawa kedudukan mereka bertahan di hadapan parit tidak membawa apa-apa makna. Ini adalah contoh dakyah mereka untuk meracuni pemikiran umat Islam ketika itu dan jika waktu sekarang pelbagai modus operandi diadakan supaya orang beriman meninggalkan Jamaah Islam dan perjuangan Islam. Mereka melontarkan tuduhan kepada puak Islam dengan tuduhan seperti neo-Khawarij, ekstrem, ahli Bida'ah dan pelbagai gelaran dan tindakan hodoh mereka untuk menjatuhkan reputasi perjuangan Islam pada pandangan masyarakat.

Disunting oleh:
Kelab Media Baru
LPP PMMS
5 Syawal 1436
Khartoum, Sudan

Thursday 2 July 2015

Pertambahan Kumpulan ISLAM di Malaysia Dirancang Amerika?

TULISAN MAJALAH MUJTAMA' TAHUN 2007 MENDEDAHKAN RANCANGAN AMERIKA MEMPERBANYAKKAN KUMPULAN ISLAM DI MALAYSIA.

Oleh : Zaharudin Mohamad

Sila rujuk teks asal dalam bahasa Arab di majalah مجتمع bertarikh 5/5/2007. 

Ketetapan RAND terkini: 

Selepas pengeboman 11 september 2001 masehi, satu rangka strategi keamanan nasional Amerika telah disempurnakan pada tahun 2002 masehi yang menggariskan "punca ancaman yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat dan cara-cara mengatasinya". Rangka strategi ini menekankan berkenaan "faktor-faktor suasana dalaman negara-negara lain yang diktator, terutamanya dunia arab dan dunia Islam yang menghalakan keekstreman dan kebencian terhadap Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Presiden Amerika Syarikat yang akan datang mestilah menumpukan perhatian kepada 'agenda pembebasan' atau dikenali sebagai 'strategi sebar dan mewajibkan perlaksanaan demokrasi' ke atas dunia Islam. 

Strategi ini mengandungi pengaktifan pusat-pusat kajian kelolaan Amerika Syarikat di dalam meletakkan pelbagai gambaran terhadap cara-cara berurusan dengan dunia Islam. Pusat kajian kelolaan angkatan tentera udara Amerika Syarikat yang dikenali sebagai R.A.N.D. adalah antara pusat kajian yang paling menonjol di Amerika Syarikat justeru pihak Rumah Putih merealisasikan nasihat-nasihatyang dikemukakan oleh pusat kajian RAND terutamanya penyelidikan yang dikemukakan sekitar tahun 2003-2004 masehi yang menasihati pihak pentadbiran Amerika Syarikat supaya membezakan orang-orang islam yang ekstrem dan sederhana di dalam menentukan sikap Amerika Syarikat terhadap Negara islam. 

Di samping itu pula, berikutan kejayaan aliran-aliran islam yang labelkan sebagai ekstrem oleh pihak Washinton di dalam pilihanraya-pilihanraya negara Arab, (seperti ikhwan di Mesir dan Hamas di Palestin) dan terancamnya golongan Sekular Liberal serta kegagalan memecahkan umat islam kepada ekstrem dan sederhana bagi kepentingan Amerika membawa kepada perubahan strategi perancangan Amerika Syarikat itu sendiri serta penilaian semula terhadap anggapan semua orang-orang islam adalah musuh di samping musuh komunis yang sebelum ini diperangi oleh Washinton di zaman perang dingin. 

Titik perubahan terhadap orang islam.

Dari sini tersimpan ketetapan baru hasil kajian yang dikemukakan oleh pusat kajian RAND pada 26 Mac 2007 tanpa diketahui oleh pihak pemberita sebagaimana biasa dan di tengah-tengah suasana yang meragukan. Ketetapan tersebut berbunyi : "Networks Building Moderate Muslim" yang bermaksud "rangkaian membina Muslim yang sederhana". Ia ditulis oleh Sr. Bernard (isteri kepada Zelmai Khalil, duta Amerika ke Iraq dan PBB) dan Angel Rabasa (salah seorang pekerja di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Amerika Syarikat) dan juga penyelidik-penyelidik lain. 

Sebelum ini mereka menulis tentang cara-cara mempengaruhi golongan berfahaman islam dan sekarang ini masih lagi memperkatakan tentang orang-orang islam ..…. Oleh itu, ketetapan berada di tahap noktah perubahan berkenaan strategi bertindak Amerika Syarikat terhadap dunia islam. 

Sedari awal lagi, ia menggariskan dengan jelas bahawa di sana perlunya serangan pemikiran dan pertembungan dunia islam secara keseluruhan dengan dunia barat, di ketengahkan gambaran berkenaan pemindahan tabiat berhadapan ke dalam negara islam. Dan islam itu sendiri dibina semula sebagai satu bentuk pemikiran sebagaimana pemikiran komunis bertepatan dengan gambaran mereka. Ia direalisasikan melalui bentuk perang dingin yang baru dan dengan kerjasama rangkaian yang mengandungi orang-orang islam liberal dan sekular (yang tidak percaya kepada peranan syariat islam). Dengan harapan supaya mereka menjadi agen kepada barat. Bantuan kepada mereka perlu dialirkan melalui yayasan-yayasan Amerika yang mengawal peperangan ini pada masa hadapan sebagaimana yang dilakukan oleh rangkaian liberal yang telah menghancurkan komunis daripada dalam!! Ini kerana, seorang penkaji dan penganalisis bernama Sr. Benard yang bertugas di bahagian Keselamatan Nasional Amerika di Pusat Kajian RAND terdahulu telah menulis satu tulisan strategi yang lain pada tahun 2003 masehi dengan tajuk : "Islam Madani Demokrasi : sekutu, sumber dan strategi". tulisan ini adalah satu kajian Amerika mengenai aliran pemikiran islam moden sebagai satu arahan praktikal bagi penggubal ketetapan Amerika berkenaan cara-cara menghentam aliran pemikiran islam asal yang ekstrem. Kajian ini juga bertujuan memberikan sumbangan dan semangat kepada apa yang mereka namakan sebagai "aliran islam sekular moden". Lanjutan itu, pada tahun 2007 masehi telah disiapkan satu tulisan sebagai satu ketetapan siap yang hanya menunggu kelulusan rasmi daripada daripada kerajaan Amerika Syarikat. 

CIPTAAN MUSUH.

Adapun bahaya daripada kajian terakhir yang dikemukakan kepada pentadbiran Bush yang hanya menunggu perlaksanannya secepat mungkin ialah berkenaan dunia islam sebagai musuh rasmi baru yang sebenar bagi negara Amerika dan barat. Kajian ini juga telah meletakkan strategi berurusan dengan bahaya islam ini. Ia juga mengandungi cara-cara perobekan islam daripada dalam melalui orang-orang islam sendiri yang terdiri daripada pembantu-pembantu aliran sekular liberal dari kalangan pemikir dan golongan akademik sehingga sampai ke tahap kerjasama antara golongan kiri dan sosialis sekular bagi menjauhi kerjasama dengan mana-mana aliran islam sama ada sederhana (seperti gerakan islam yang menggunakan pendekatan piliharaya) atau ekstrem (seperti gerakan islam yang mengangkat senjata) . sebagaimana yang dinyatakan di dalam kandungan rancangan ini. 

PERJANJIAN.

Perjanjian strategi yang setebal 218 muka surat yang diperolehi oleh pihak akhbar Mujtama' tidak memadai setakat penggarisan rancangan yang dinamakan sebagai "pelan perancangan" bagi berhadapan dengan pemikiran islam yang berasaskan kepada syariat islam, tetapi strategi ini juga menggariskan pihak-pihak yang perlu diminta kerjasama oleh pihak Washinton di dalam peperangan di dalam Negara islam itu sendiri yang terdiri daripada golongan sekular liberal sehingga ke tahap menyenaraikan cadangan nama-nama pertubuhan-pertubuhan, individu-individu di kalangan arab, eropah dan asia sebagai contoh bagi anasir-anasir "sederhana" menurut pandangan Amerika. 

Kertas ini mengandungi 10 fasa : Pertamanya ialah mukadimah yang menegaskan bahawa punca permasalahan antara Negara eropah dan Negara islam ialah serangan pemikiran atau pendirian yang berasaskan akidah. Fasa kedua pula membicarakan berkenaan percubaan perang dingin dengan Negara komunis sebagai model yang baik bagi berhadapan dengan musuh yang baru (islam). Fasa ketiga pula memfokuskan berkenaan perbandingan antara perang dingin dan cabaran dunia sekarang. Fasa keempat berkisar berkenaan usaha kerajaan Amerika "menghentikan perkembangan golongan radikal". 

Fasa kelima adalah fasa yang terpenting justeru ia menggariskan 'pelan perancangan'bagi pembinaan rangkaian sederhana di dalam dunia islam. Kandungan fasa keenam dan ketujuh secara berturut-turut memfokuskan percubaan eropah dan asia sebagai model bagi orang-orang islam sederhana yang bersifat liberal yang berkemungkinan boleh menjadi penyumbang bagi 'rangkaian sederhana dari perspektif Amerika'. Sedangkan fasa ke lapan pula memfokuskan timur tengah manakala fasa ke sembilan pula memfokuskan apa yang dinamakan sebagai peranan orang-orang islam liberal (secular muslims) di dalam 'peperangan pemikiran' bagi memutuskan apakah tindakan-tindakan muktamad yang berkaitan kawalan terhadap pertembungan dengan dunia islam melalui rangkaian sekular 'sederhana'. 

Kajian ini bertitik tolak daripada penetapan asas yang sumbernya diambil daripada pertembungan dengan dunia islam akibat pertembungan pemikiran. Cabaran utama yagn dihadapi oleh barat ialah apabila Negara-negara islam berhadapan dengan penerusan jihad oleh pihak islam tulen atau dunia islam menjadi mangsa keganasan dan tiada toleransi (yang dimaksudkan ialah islam kerana pada tanggapan mereka islam tidak bertoleransi dan bersikap ganas). Penetapan ini bergantung kepada dua faktor utama; Pertama : Sekalipun bilangan golongan radikal islam adalah sedikit di dalam dunia islam, tetapi mereka sangat berjaya, berkesan dan menjangkau seluruh benua yang didiami oleh islam sama ada di eropah atau Amerika Selatan. Keduanya: kelemahan aliran pemikiran 'islam sederhana dan liberal' yang tidak memiliki rangkaian yang luas di peringkat dunia sebagaimana yang dimiliki oleh golongan Islam tulen. 

Dari sini, kajian ini mendorong kepada perlunya Amerika menolong golongan 'islam sederhana' untuk pembinaan rangkaian yang luas. Kajian ini juga mendorong kepada perlunya juga Amerika memberikan bantuan material dan maknawi bagi membina benteng pertahanan bagi menghadapi rangkaian islam tulen. Adapun wasilah bantuan Amerika, ia berupa pelan perancangan yang membolehkan Amerika Syarikat membina pelbagai rangkaian bantuan bagi membina generasi 'islam sederhana' yang menerusi mereka menjadikan Amerika Syarikat mampu berhadapan dengan golongan 'islam tulen'. Di samping rangkaian ini yang telah sempurna pembinaannya semasa percubaan perang dingin dengan Soviet Union bagi mengasah ketajaman Liberalism bagi berhadapan dengan komunis. Ini kerana golongan ekstremis islam' (iaitu islam tulen) pada pandangan kajian ini mempunyai dua bentuk ciri perbezaan berbanding golongan 'Islam Sederhana yang liberal, iaitu harta dan organisasi. Ia memaksudkan pembinaan rangkaian dan organisasi yang luas disamping kelemahan peralatan yang dipunyai oleh golongan 'islam liberal' sebagaimana menurut pandangan Amerika. Di sini ia memerlukan kepada ciptaan dan pembinaan baru rangkaian islam sederhana yang mampu berhadapan dengan golongan 'ekstremis islam' (golongan pejuan islam yang tulen) dan mengulangi mencipta islam dengan gambarannya yang tidak mengancam barat. 

SIAPAKAH MEREKA MUSLIM LIBERAL SEKULAR?

Kunci bagi menghilangkan kekaburan dokumen jahat ini terkandung di dalam definisi 'sederhana' atau definisi 'kesederhanaan' dari sudut pandangan Amerika. Antara yang membolehkan mengenali golongan muslim liberal ini yang Amerika Syarikat berusaha untuk bekerjasama dengannya serta membina rangkaian khas untuk membantunya dalam bentuk harta, pemberitaan, organisasi dan semangat. Golongan 'sederhana ala Amerika' ialah : seseorang yang berketurunan islam yang bersifat sekular (melihat islam tidak perlu campur dalam urusan hidup) liberal (masing-masing berhak bercakap perihal islam yang sekalipun dalam bentuk yang spesifik) yang menolak kewajaran berhukum dengan syariat islam. Ia juga percaya dengan fahaman kebebasan wanita memilih pasangan hidup tanpa bersuami serta hak golongan minoriti agama untuk menjawat jawatan tertinggi di dalam negara yang majoritinya adalah orang islam. Golongan ini juga bersifat menentang ulama. Ia juga menyebut bahawa golongan penyokong "aliran taklid agama" dan "golongan beraliran sufi agama" dimana dokumen itu menyifatkannya sebagai aliran yang boleh menerima solat di atas kubur !. Bagi tujuan ini, kajian ini mencadangkan istilah 'seruan sekular' (iaitu memisahkan politik dan agama melalui serapan fahaman ketidak layakan syariat menjadi hukum dan peraturan). Dokumen ini juga boleh memberikan gambaran utama yang membolehkan kita mengenali siapakah golongan 'muslim sederhana', antara gambaran itu ialah : 

1. hanya menerima demokrasi barat sahaja yang bukan menapis serta memilih demokrasi yang hanya bertepatan dengan prinsip islam. Khususnya prinsip syura yang dikatakan mempunyai ciri persamaan dengan demokrasi. kepercayaan kepada demokrasi difahami dengan bentuk menolak pemikiran negara islam yang diperintah oleh golongan agama sebagaimana Iran. 

2. Menerima sumber-sumber tanpa taksub dengan sumber-sumber lain bagi penggubalan undang-undang kecuali sumber daripada syariat islam kerana penafsiran syariat mengikut cara asal (sebagaimana yang digariskan oleh ulama-ulama seperti penafsiran al-quran hanyalah layak bagi mereka yang mempunyai syarat-syaratnya) tidak sesuai dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati hak asasi kemanusiaan. 

3. menghormati hak-hak wanita dan minoriti agama. Ia bermaksud golongan 'islam sederhana menurut acuan Amerika' menolak apa yang dinamakan 'kedudukan perbezaan wanita dan golongan minoriti sebagaimana menurut Al-Quran' dan ia juga membuat kajian semula berkenaannya memandangkan perbezaan suasana semasa berbanding apa yang wujud di zaman nabi saw. 

ACUAN AMERIKA. 

Dokumen ini juga meletakkan garis ukuran Amerika Syarikat bagi menentukan kesesuaian jemaah 'islam sederhana' yang akan dijalinkan kerjasama oleh Amerika Syarikat bagi berhadapan dengan golongan 'ekstremis islam'. Garis ukuran ini sebagaimana berikut: 

1. Adakah jemaah ini tidak mengambil hirau terhadap keganasan atau ia sendiri melakukannya? Jika ia mengambil hirau terhadap keganasan, adakah ia telah melakukannya juga pada masa lampau? 

2. Adakah kumpulan ini menyokong demokrasi dengan anggapan ianya adalah salah satu hak di antara hak-hak asasi kemanusian? 

3. Adakah kumpulan ini menghormati keseluruhan perundangan dan penggubalan negara bagi melindungi hak-hak asasi kemanusian (antaranya ialah hak-hak golongan gay sebagai contoh)?

4. Adakah kumpulan ini mempunyai apa-apa pengecualian di dalam menghormati hak-hak asasi manusia (seperti kebebesan agama sebagai contoh)? 

5. Adakah kumpulan ini percaya bahawa penukaran agama adalah salah satu hak asasi manusia. 

6. Adakah kumpulan ini percaya kepada perlunya negara melaksanakan undang-undang jenayah (hudud) yang bertepatan dengan syariat islam? 

7. Adakah kumpulan ini percaya kepada perlunya negara menguatkuasakan undang-undang sivil yang selari dengan syariat islam? Adakah kumpulan ini juga percaya peraian hak-hak golongan lain sehingga beranggapan undang-undang islam ini tidak sesuai dilaksanakan dan merasa perlu kepada hidup di dalam suasana undang-undang sekular (kerana meraikan hak-hak golongan bukan islam)? 

8. Adakah kumpulan ini percaya kepada pentingnya golongan minoriti agama memperolehi apa yang diperolehi golongan majoriti agama? 

9. Adakah kumpulan ini percaya bahawa golongan minoriti agama juga berhak untuk memainkan peranan ibadat khusus mereka di negara islam? 

10. Adakah kumpulan ini percaya bahawa sistem perundangan perlu ditegakkan di atas prinsip-prinsip agama? 

Oleh itu, awasilah masjid dan ambil beratlah terhadap media!!!

Apa yang diperhatikan di sini ialah, dokumen ini mengandungi amaran yang serius terhadap peranan masjid sebagai satu-satunya medan bagi pembangkang yang berdasarkan syariat, atau masjid juga boleh dianggap sebagai simbol yang berlawanan dengan seruan ciptaan "Islam sederhana" yang tidak beriman dengan mana-mana peranan syariat. Oleh itu, dokumen ini menyeru supaya dibantu "pendakwah yang bekerja di luar masjid". Dokumen ini juga memfokuskan berkenaan peranan berita dan alat-alat perhubungan moden sebagai "chanel bebas" untuk memasuki pemikiran islam serta menguasainya bagi mencipta rangkaian "islam sederhana".

Dokumen ini juga memfokuskan berkenaan kepentingan mewujudkan yayasan-yayasankhidmat muslim sekular yang sederhana bagi memberikan khidmat yang sama sebagaimana yang diberikan oleh golongan islam pelampau, sama ada khidmat menyelamat, perubatan, rawatan, rombongan bantuan tawanan, bantuan janda-janda, kanak-kanak, gadis-gadis yatim bagi memperkenalkan 'kesederhanaan'pada khidmat yang diberikan serta menarik basat daripada bawah kaki mereka bagi kebaikan pemikiran sekular muslim baru. 

Sahabat-sahabat dan pekerja-pekerja yang sederhana!

Yang paling ganjilnya ialah dokumen ini tidak berhati-hati dan tidak bimbang kepada terhadap individu-individu yang diberikan ruangan bercakap seluas-luasnya 

Menyentuh berkenaan sekutu, dokumen ini menggariskan ciri-ciri individu yang berada di dalam masyarakat yang akan membentuk batu asas bagi rangkaian yang dicadangkan yang sepatutnya diberikan keutamaan: 

1. Golongan akademik dan berpendidikan dari kalangan orang islam liberal dan sekular. 

2. Golongan agama yang terdiri daripada pemuda sederhana (yang bergiat diluar masjid). 

3. Aktivis masyarakat. Kumpulan-kumpulan yang mengambil berat tentang isu perempuan yang menyertai kempen untuk menuntut hak persamaan antara lelaki dan perempuan. 

5. Para wartawan dan penulis-penulis yang sederhana. 

Di samping ini, dokumen ini juga mendedahkan rancangan yang menggunakan nama yayasan-yayasan dan individu-individu arab, asia, eropah yang beragama islam sederhana. Perhubungan lebih erat dicadangkan supaya dijalinkan sebahagian besarnya di asia tenggara (Malaysia, Singapura, Turki dan Indonesi) di samping yayasan-yayasan dan pertubuhan islam di Eropah dan ketiganya termasuk dunia arab itu sendiri khususnya Lubnan, Tunis dan sebahagian negara teluk. Mereka mempunyai pemikiran Liberal Sekular yang bebas dan bersikap kontra dengan islam yang tulen. Berkemungkinan golongan ini boleh memainkan peranan di dalam rangkaian Amerika Sederhana ini. 

GOLONGAN ISLAM MENOLAK.

Akhirnya, dokumen ini menerangkan keupayaan kerjasama dengan semua golongan yang tidak islam seperti golongan sekular, golongan liberal, golongan berhaluan kiri dan golongan sosialis sebaliknya menolak kerjasama dengan golongan islam untuk menyertai rangkaian sederhana kerana golongan islam ini akan mendedahkannya atau mengambil manfaat daripadanya. 

Dalam masa yang sama sebagaimana menurut dokumen ini, golongan islam hakiki ini boleh menerima kepelbagaian parti dan hak-hak perempuan. Mereka memainkan peranan penting di dalam menolak golongan ekstremis agama. Mereka membentuk alternatif sebenar (bagi kerajaan sedia ada). Oleh itu, sepastinya mereka akan menguasai percakapan berkenaan demokrasi bagi merealisasikan matlamat untuk sampai kepada kerusi pemerintahan sebagaimana menurut golongan yang menentang penyertaan golongan islam sebenar di dalam rangkaian ini. Sebagaimana mereka juga mengambil faedah pada masa depan dengan berjaya mendapat kepercayaan yang besar daripada rakyat disebabkan mereka juga adalah golongan demokrasi. Ini akan membawa peningkatan kepada peranan mereka dan perkembangan dakwah mereka. Sebalikna golongan aliran sekular yang menjadi tonggak kepada rangkaian islam sederhana ala Amerika akan menjadi lemah. Oleh itu, dokumen ini menasihatkan pentadbiran Amerika Syarikat supaya tidak menjalinkan hubungan kerjasama dengan golongan islam hakiki. 

Tamat terjemahan. 

Gambar: Muka depan majalah mujtamak yang menyiarkan rancangan Rand Corporation terhadap negara-negara islam. Malaysia adalah nama yang disebut.

Disunting oleh:
Kelab Media Baru
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan

KEADILAN SISTEM ISLAM SEBAGAI ALTERNATIF MENANGANI KRISIS AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK

KEADILAN SISTEM ISLAM SEBAGAI ALTERNATIF MENANGANI KRISIS AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK.

Oleh: Zaharudin Muhamad.

(Tulisan tahun 2005, jadi angka berubah tetapi poinnya sama).

Minyak adalah sebahagian daripada sumber alam yang bergantung kepada anugerah Allah s.w.t. Ia adalah kekuatan sebenar ekonomi negara. Teknologi-teknologi terkini yang dianggap sumber penting ekonomi bagi sesebuah negara sangat bergantung kepada sumber alam. Lihat sahaja teknologi permotoran sebagai contoh, ia bergantung rapat dengan sumber alam semula jadi seperti getah bagi pembuatan tayar, besi bagi pembuatan enjin, minyak bagi kuasa penggerak dan lain-lain komponen. Jika sumber alam seperti getah, minyak dan lain-lain pupus atau berkurangan, ia memberikan impak( ) yang besar kepada industri pemotoran ini.

Oleh kerana itu, kekuatan yang sebenar ialah kekuatan sumber alam. Jika sesebuah negara tidak mempunyai sumber alamnya sendiri, ia sangat bergantung harap kepada negara-negara lain walaupun ia sebuah negara yang kaya. Negara yang berjaya membangunkan sendiri sumber alamnya yang banyak merupakan negara yang mempunyai kekuatan sebenar kerana ia tidak perlu bergantung harap kepada negara-negara lain kerana keperluannya telah mencukupi.

Anugerah ini merupakan kurniaan Allah s.w.t untuk setiap individu manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Firman Allah s.w.t : 
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. - (Al-Baqarah : 29).

Dan firman Allah s.w.t : 
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنْ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. - (Al-A'raaf : 32).

Kurniaan Allah s.w.t berbentuk sumber alam ini merupakan milik bersama setiap individu manusia tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Ini kerana, kesemua mereka adalah manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Maka dengan sifat pemurah Allah s.w.t, rezeki ini dibahagikan antara orang-orang beriman dan orang-orang yang kafir di atas dunia ini.

Dalam konteks yang lain, sumber alam yang menjadi paksi kuasa seperti petrol, uranium dan lain-lain terletak di dalam negara-negara umat Islam. Ini merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Firman Allah s.w.t :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنْ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. - (Al-A'raaf : 96)

Malangnya, sumber alam negara umat Islam yang menjadi paksi kuasa moden pada hari ini dieksploitasi( ) oleh golongan-golongan Eropah dan Amerika. Mereka berebut-rebut menguasai negara umat Islam bagi menguasai minyak dan galian di samping agenda agama yang dibawa oleh mereka. Negara-negara Islam yang kaya dengan sumber ini hanya mampu menjadi negara perniagaan yang banyak bergantung kepada Eropah dan Amerika.

PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM.

Bagi perlaksanaan ini, Allah s.w.t telah meletakkan garis panduan kepada manusia dalam mentadbir negara bagi memastikan harta negara tidak mengalir di kalangan golongan tertentu sahaja. Garis panduan ini ialah firman Allah s.w.t : 
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
Maksudnya: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu..- (Al-Hasyr : 7)

Garis panduan ini dianggap sebagai Maqasid Syar'iyyah disebalik pengsyariatan hukum-hakam berkaitan pembahagian pendapatan negara.

Untuk memastikan kita berada di atas garisan Maqasid Syariyyah tersebut, pentadbiran minyak di Malaysia mestilah selari dengan hukum-hakam fekah yang dapat menutup segala pintu-pintu monopoli. Bagi memastikan agihan minyak negara dapat mengalir kepada rakyat, hukum-hakam berkaitan persoalan-persoalan berikut mesti diguna pakai :

1. Pemilikan Galian.

Bagi merealisasikan hasil minyak negara tidak mengalir di kalangan golongan-golongan tertentu, minyak negara mestilah dimiliki oleh kerajaan secara mutlak dan kerajaan perlu membelanjakannya dengan bijaksana untuk kemaslahatan umum. Ia tidak boleh dijadikan hak milik swasta sebagaimana yang berlaku di dalam negara kita. Pihak kerajaan mestilah menguruskan hasil minyak dengan baik bagi maslahah rakyat. 
Pendapat ini sebagaimana menurut mazhab Maliki yang bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

a. Galian yang terdapat di dalam bumi wujud lebih awal berbanding pemilikan tanah. Oleh itu, pemilik tanah sekalipun tidak boleh memiliki galian yang terdapat di dalam tanah miliknya sendiri berpandukan kepada firman Allah s.w.t : 
إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ
Maksudnya : Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. – (Al-A'raaf : 128).

Allah s.w.t tidak menyatakan : 
إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا وما فيها مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ
Maksudnya : Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya (tanah) berserta kandungannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya.

Berpandukan kepada ayat ini, segala kandungan bumi yang berbentuk galian tidak boleh diserahkan kepada pihak swasta atau individu tertentu bahkan ia menjadi harta perolehan orang ramai. ( )

b. Kemungkinan galian bumi diperolehi dan ditemui golongan-golongan jahat. Jika ia tidak dijadikan hak milik kerajaan, nescaya menyebabkan berlaku kekecohan dan huru-hara. ( )

Di samping hujah di atas, ketidak harusan menyerahkan minyak negara kepada pihak swasta juga bersandarkan kepada suatu hadis daripada Rasulullah s.a.w :

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ
Maksudnya : Orang-orang Islam bersekutu di dalam tiga perkara: air, rumput rampai (tempat pengembala melepaskan binatang ternakan) dan api. Hasil (pendapatan daripadanya) adalah haram (jika diniagakan). – (Hadis riwayat Abu Daud : 2463)

Minyak termasuk di dalam kategori "api" yang dimaksudkan di dalam hadis di atas kerana ia merupakan bahan bakar yang diperlukan oleh semua manusia. Persamaan minyak dan api darisudut keperluan umum (utiliti umum) amat jelas kerana minyak dan api merupakan perkara asasi yang diperlukan oleh orang ramai. Monopoli dan penguasaan sesuatu pihak terhadap bahan-bahan keperluan asasi ini menyebabkan kepentingan orang ramai boleh diekploitasi oleh sesetengah pihak sahaja kerana bahan tersebut akan dibeli oleh orang ramai walau dengan harga yang tinggi kerana mereka sangat memerlukan kepadanya.

Oleh itu, Rasulullah s.a.w melarang melalui hadis di atas pengswastaan dan memilikkan harta negara yang berbentuk kepeluan asas kepada pihak swasta atau individu-individu tertentu. 
Tambahan pula, Islam sangat mementingkan keseimbangan ekonomi masyarakat. Keseimbangan ini tidak akan berlaku jika harga kekayaan negara yang besar seperti minyak dimonopoli oleh pihak tertentu dan penyerahan minyak kepada swasta boleh mewujudkan sikap monopoli dan kekayaan yang tertumpu kepada sesetengah pihak, sedangkan rakyat menunggu-nunggu untuk mendapatkan manfaat daripada hasil minyak. Fenomena ini juga mendorong berlakunya inflasi di dalam negara.( )

2. Panduan Islam Bagi Pengswastaan Cari Gali Minyak.

Di dalam tajuk lepas iaitu Pemilikan Galian, minyak yang termasuk di dalam kategori bahan galian mesti dimiliki oleh kerajaan dan tidak boleh diserahkan kepada pihak swasta dan kerajaan perlu menguruskan minyak tersebut untuk kemaslahatan rakyat.

Tetapi persoalan di sini, adakah hak untuk mencari gali minyak tersebut boleh diserahkan kepada pihak swasta? Adakah pengswastaan oleh pihak kerajaan boleh menjamin kemaslahatan rakyat sehingga kerajaan dibenarkan untuk mengswastakan 'cari gali minyak' negara?

Untuk memberikan jawapan kepada persoalan ini, kita perlu mengetahui bahawa pengswastaan menurut Islam terbahagi kepada dua:

1. Pengswastaan hak milik (إقطاع التمليك): menjadikan sesuatu barang, tanah dan sebagainya sebagai hak milik untuk pihak-pihak yang diswastakan. Bentuk pengswastaan ini, kerajaan dan rakyat tidak mempunyai hak ke atas sesuatu yang telah diswastakan.

2. Pengswataan manfaat (إقطاع الإنتفاع): iaitu menyerahkan sesuatu kepada pihak swasta untuk pengambilan manfaat sahaja, bukan menyerahkannya secara mutlak.

Berpandukan kepada dalil-dalil yang kuat dan kukuh, pengswastaan diharuskan oleh Islam. Tetapi pengswastaan ini mestilah dipastikan tidak membawa kepada monopoli dan memastikan ia tidak mengalir di kalangan orang kaya sahaja.

Oleh itu, cari gali minyak boleh diswastakan, tetapi dalam bentuk pengswastaan manfaat, bukan pengswastaan hak milik. Pendapat ini merupakan pendapat Mazhab Maliki( ) yang mengsyaratkan bahawa usul dan punca kepada galian tidak boleh diserahkan kepada swasta.

Mazhab Maliki meletakkan syarat ini untuk merealisasikan maslahah orang ramai berbanding maslahah individu. Perealisasian ini jelas melalui tindakan Saidina Umar menarik balik tanah yang tidak mampu diusahakan oleh Bilal, iaitu tanah yang telah diswastakan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda s.a.w kepada bilal untuk dibangunkan. Jika pengswastaan tanah oleh Rasulullah s.a.w untuk Bilal merupakan pengswastaan hak milik, nescaya Saidina Umar tidak ada hak untuk menarik balik tanah yang telah diswastakan oleh Rasulullah s.a.w. ( )

3. Akad Sewaan Dan Perkongsian.

Di samping perbincangan tentang pengswastaan, ulama-ulama fekah juga banyak membincangkan soal akad sewaan dan perkongsian ke atas bahan galian. Secara umum, jumhur ulama berpendapat kerajaan harus menyewakan harta negara yang tidak dimiliki oleh rakyat dan kerajaan. Cuma perbezaan gambaran dahulu dengan gambaran sekarang ialah, kerajaan menganggap selain daripada harta individu adalah harta kerajaan. Oleh itu, tidak timbul samada cari gali minyak boleh disewakan ataupun tidak kepada pihak tertentu kerana kekhilafan timbul berkenaan tanah yang bukan milik rakyat dan bukan milik kerajaan. 
Akad sewaan menurut istilah ialah : Memilikkan manfaat tertentu, dengan imbuhan tertentu dan bagi tempoh tertentu. Dengan ini, pihak yang disewakan (pekerja atau syarikat) mesti memastikan pihak penyewa (dalam konteks ini ialah kerajaan) mendapat manfaat daripada bahan sewaan (dalam konteks ini ialah cari gali minyak). Secara umumnya, upah kerja termasuk dalam kontrak sewaan kerana termasuk di dalam kategori "sewa tenaga" di samping sewa-sewa lain yang berbentuk benda seperti rumah, kedai dan lain-lain.

Bentuk sewaan menurut hukum fekah yang boleh dikaitkan dengan perlaksanaan perjanjian sekarang antara syarikat-syarikat cari gali minyak dan kerajaan boleh dikategorikan kepada tiga bentuk:

1. Hasilan bumi diperolehi oleh pemilik (kerajaan) dan upah untuk pekerja (syarikat).

2. Hasilan bumi dimiliki oleh pekerja (syarikat) dan upahnya untuk pemilik (kerajaan).

3. Perkongsian hasil antara pemilik (kerajaan) dan pekerja (syarikat).

Daripada ketiga-tiga bentuk akad sewaan di atas, hanya bentuk pertama sahaja yang disepakati oleh ulama tentang keharusannya.

Adapun bentuk kedua, secara konsepnya diharamkan oleh jumhur ulama. Manakala perlaksanaannya sekarang boleh disifatkan haram secara muafakat ulama. Bentuk kedua ini merupakan bentuk perlaksanaan perjanjian kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat konsesi minyak dan pengharamannya ialah menyerahkan hak pemilikan minyak kepada syarikat-syarikat cari gali minyak manakala kerajaan hanya mendapat pulangan dalam bentuk cukai, royalti.

Manakala cara yang ketiga pula, dari sudut konsepnya terdapat khilaf dikalangan ulama. Tetapi dari sudut perlaksanaannya adalah harus kerana ia tidak berteraskan kepada akad sewaan, tetapi ia berteraskan kepada akad mudharabah.

Antara faktor yang meletakkan perjanjian kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat cari gali minyak di dalam kategori bentuk yang kedua kerana faktor berikut :

1. Menyerahkan hak milik minyak kepada syarikat cari gali.

2. Kerajaan mendapat keuntungan melalui cukai pendapatan Syarikat dan Petroleum (RM14.3 bilion), dividen (RM9.1 bilion), royalti (RM6.2 bilion) dan duti eksport atas petroleum (RM1.6 bilion).

3. Kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil minyak selain daripada bentuk-bentuk perjanjian cukai di atas.

Perlu difahami bahawa, perbezaan antara bentuk kedua dan ketiga ialah, perkongsian untung antara kerajaan dan dan syarikat cari gali ialah keuntungan selepas cukai, bukan sebelum cukai. Ini kerana, cukai termasuk dalam perbelanjaan syarikat cari gali dan ia tidak termasuk di dalam kategori keuntungan. Bermakna dalam konteks Malaysia, jika mengguna pakai cara ketiga yang diharuskan menurut hukum fekah, perkongsian untung antara kerajaan dan syarikat Petronas ialah sebanyak RM26.83 bilion, bukan RM58.03 bilion. Jika perjanjian antara syarikat dan kerajaan ialah 50-50, bermakna kerajaan akan memperolehi sebanyak RM31.2 bilion sebagai cukai dan RM13.4 bilion sebagai keuntungan hasil yang dikongsi antara kerajaan dan Petronas.

Bentuk yang ketiga ini merupakan bentuk yang diguna pakai oleh negara-negara besar seperti Venezuela pada tahun 1948, Saudi pada tahun 1950 dan lain-lain.( ) Manakala perjanjian bentuk yang pertama dijalankan di Mexico pada tahun 1938 dan beberapa negara lain seperti Argentina.( )

Perlu diketahui bahawa, bentuk kedua merupakan cara dan sistem yang diguna pakai oleh penjajah dan syarikat-syarikat gergasi dari luar untuk mengeksploitasi hasil mahsul bumi umat Islam. Penerimaan negara-negara umat Islam terhadap bentuk kedua ini didorong oleh kesan penjajahan dan keperluan negara kepada modal yang besar untuk mengeluarkan hasil bumi disamping kekurangan kepakaran dan kemampuan teknikal bagi negara-negara umat Islam.( )

Oleh itu, negara-negara lain telah lama membatalkan kontrak bentuk kedua ini dan ditukar kepada kontrak bentuk ketiga seperti Venezuela (tahun 1948m), Saudi (tahun 1950m), Kuwait (tahun 1951m), Iraq (tahun 1952m), kemudian Qatar (tahun 1953m) kemudia diikuti oleh Bahrain (tahun 1955m).

Oleh itu, untuk apa Malaysia mengekalkan bentuk yang kedua sedangkan negara-negara lain telah mengubah kepada bentuk yang ketiga? Tambahan pula, Petronas adalah syarikat milik Malaysia dan keuntungannya sebanyak RM26.83 bilion dimiliki oleh syarikat, bukan kerajaan. Untuk apa syarikat memiliki keuntungan bersih sebanyak itu yang terhasil dari hasil bumi rakyat? Adakah individu lebih dipentingkan berbanding rakyat? Atau Malaysia masih belum merdeka?

Oleh itu, bentuk yang paling selamat berpandukan kepada hukum Islam ialah bentuk pertama. Jika kerajaan tidak mampu melaksanakan perjanjian bentuk pertama, maka perjanjian bentuk kedua boleh menjadi alternatif kepada perjanjian bentuk pertama sekalipun konsep asasnya adalah haram menurut jumhur ulama.

Oleh itu, untuk menjamin kestabilan, kesenangan dan keadilan rakyat, maka cara yang kedua mesti dihindarkan sedaya upaya yang mungkin juseteru keharamannya dan kerugian rakyat melalui perjanjian bentuk kedua ini.

1. Jaminan Hak Orang Miskin.

Jika kita mengkaji sudut Islam secara menyeluruh, kita dapati golongan yang paling terbela dan terjamin mendapat bahagian daripada hasil minyak ini ialah golongan miskin. Dengan ini, hasilan minyak yang banyak dapat mendekatkan jurang antara miskin dan kaya seterusnya menghapuskan kemiskinan dengan jaminan sistem Islam ini.

Jaminan yang dimaksudkan ialah, ketetapan Al-Quran al-karim berkenaan agihan zakat atau bahagian Fai daripada hasil minyak. Jaminan untuk bahagian golongan miskin dapat dilihat sebagaimana berikut :

1. Jika Minyak Tidak diswastakan. 
Bertitik tolak daripada kekhilafan ulama berhubung jenis cabutan daripada hasilan bumi, maka sebahagian pendapat mengkategorikannya di dalam bahagian Ghanimah dan Fai'. Jika minyak tidak diswastakan dari sudut hak milik dan cari gali, maka sebahagian perolehan kerajaan itu dianggap sebagai Ghanimah dan fai yang dikenakan cabutan sebanyak lima peratus sebagaimana menurut Mazhab Hanafi( ). Firman Allah s.w.t : 
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
Maksudnya : Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan). – (Al-Anfal : 41).

Dan firman Allah s.w.t : 
ممَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. – (Al-Hasyr : 7)

Mazhab Hanafi yang berpendapat bahawa minyak termasuk di dalam kategori Ghanimah dan Fai', sebahagian daripada kadar lima peratus ini mesti diagihkan kepada golongan yang telah ditetapkan dan termasuk di dalam ketetapan ini ialah golongan miskin.

2. Jika minyak diswastakan dari sudut cari gali.

Jika syarikat yang mengambil alih dari sudut cari gali, maka kategori perolehan tersebut samada termasuk di dalam kategori Ghanimah dan Fai' sebagaimana mazhab Hanafi atau zakat sebagaimana mazhab-mazhab lain( ). 
Jika perolehan itu adalah Ghanimah dan Fai', maka bahagian golongan miskin jelas ditentukan peratusnya oleh Allah s.w.t sebagai telah diterangkan sebelum ini.

Jika perolehan itu adalah zakat, maka bahagian golongan miskin juga ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagaimana firmannya : 
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ
Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.- (Al-Taubah : 60)

Maka syarikat yang mendapat keuntungan daripada hasil minyak ini wajib mengeluarkan zakat kepada golongan miskin.

Daripada kedua-dua bentuk perlaksanaan di atas, kita dapati bahagian golongan miskin telah ditentukan dan dijamin oleh Allah s.w.t. Ketentuan ini tidak boleh dianggap sebagai pemberian ehsan daripada pihak pengeluar zakat tetapi mesti dianggap sebagai hak golongan miskin yang mesti ditunaikan.

Secara praktikalnya, jika jika kita mengambil pendapat yang terpilih sebagaimana di dalam tesis المعادن وحقوق الدولة والفرد فيها, kita dapati Petronas perlu mengeluarkan sebanyak 1/5 atau 10 peratus daripada hasil pendapatan bersihnya. Jika 10 peratus daripada RM26.83 bilion bersamaan RM268 juta. Jika golongan miskin mendapat 1/5 daripada jumlah RM268 juta ini sebagaimana menurut Imam Syafei, bermakna purata setiap kes mendapat RM2469 daripada 108.544 kes bantuan yang terdapat di Malaysia. Itu belum lagi dikira hak zakat orang miskin yang diperolehi hasil zakat perniagaan rakyat, hasil zakat fitrah dan lain. Jika di congak secara kasar, setiap kes yang disenaraikan di Malaysia iaitu sebanyak 108,544 kes, purata setiap satu kes akan mendapat tidak kurang dari RM8 ribu setahun. Nilai ini cukup untuk menyuntik modal pembangunan untuk keluarga si miskin. Sedangkan perlaksanaan kerajaan sekarang ini, hanya memperuntukkan sebanyak RM130.42 juta untuk orang miskin yang purata setiap kes hanya mendapat sebanyak RM1201.55 setahun.

Perbezaan peruntukan zakat menurut Islam dengan perlaksanaan kerajaan ini sangat jelas, iaitu nilai RM130.42 juta sebagai peruntukan ini bersifat ehsan kerana ia dalam bentuk kelulusan kerajaan, bukan 'agihan mesti'. Manakalan RM268 juta yang dianggap sebagai zakat menurut Islam (hasil daripada keuntungan minyak sahaja) dikategorikan sebagai hak orang miskin yang wajib diberikan oleh kerajaan, bukan peruntukan yang diluluskan nilainya.

Oleh itu, sistem Islam ini lebih bersifat menjarakkan jurang pemisah antara si kaya dan si miskin dengan anugerah hasilan bumi yang begitu banyak daripada Allah s.w.t. 
Daripada sudut-sudut di atas, jika pengurusan minyak Malaysia mengikut lunas-lunas Islam, maka kesan negatif daripada kenaikan minyak dunia tidak akan berlaku. Oleh itu, kenapa kita tidak menggunakan konsep dan sistem Islam ini di dalam negara kita?

Disunting oleh:
Kelab Media Baru
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan