Saturday 18 October 2014

"Mengapa Pilih Sudan?"


Suasana waktu Asar di dataran padang Markaz At-Thaalibat,IUA

    Sudan,adalah sebuah Negara Arab terpencil dari pengetahuan rakyat Malaysia khususnya. Kedudukannya di Benua Afrika  sememangnya sunyi dari pengetahuan dan buah mulut manusia.Suatu masa dahulu Sudan pernah dikenali di mata rakyat Malaysia dan menjadi tempat menuntut ilmu selepas tamat SPM.Namun,Sudan kini di balik debu-debunya yang melebat sedang mencari ruang untuk menampakkan dirinya di mata dunia. Prasarana,ketidak-iktirafan,dan dasar ekonominya yang mundur membuatkan ianya sukar dikenali dan diminati oleh Negara kita.

    Tambahan pula,syams atau matahari adalah satu lambang Negara Sudan,tertonjol di sini bahawa kepanasan adalah sesuatu yang biasa bagi penghuninya.Bumi Sudan,pernah berada dalam suhu kepanasan mencecah 52o dan suhu biasanya antara 39o-45o.Manakala di musim sejuk pula Bumi El-Nilein ini pernah mencecah suhu terendah 8o minima.
Suasana hadapan International Universiti of Africa,Khartoum

    Namun begitu,secara ringkasnya,sistem pembelajaran di beberapa buah universiti di Sudan ini dikatakan sebagai sistem yang mendisiplin pelajar dan memberansangkan pembelajaran. Contohnya di Universiti  Antarabangsa Afrika ,rekod kehadiran pelajar ke kelas dicatat setiap kali dan kehadiran mempengaruhi kredit .Bagi ketidak-hadiran melebihi 4 kali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan gagal tiga kali dikeluarkan dari universiti.Selain itu,hafazan Al-Quran diwajibkan satu juz setiap tahun di Univesiti ini. Namun,bagi Universiti Al-quranul Karim dan Sains 15 juz diwajibkan bagi perigkat sarjana muda dan 30 juz bagi peringkat master.3 juz sekurang-kurangnya perlu ada bagi diterima masuk ke university tersebut.

   Kadar jumlah rakyat Malaysia yang sedikit di Sudan jug menjadi  salah satu kelebihan mempelajari Bahasa Arab .Oleh kerana  Bahasa Arab menjadi alat penting dan aset yang perlu ada bagi meneruskan kehidupan di Sudan.Pelajar akan berusaha dengan sendiri  secara rela atau terpaksa untuk menguasai bahasa arab samada secara langsung atau tidak langsung.Namun,ianya tetap bergantung atas individu itu sendiri bagaimana dia meletakkan pentingnya bahasa arab.Persekitaran juga memang  banyak membantu dalam pelajar mendapatkan Bahasa Arab.


    Selain itu,kos sara hidup yang sederhana,sedikit sebanyak bakal membuka peluang untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi akan tetapi memiliki semangat untuk meneruskan pelajaran.Sebagai contoh,kita lihat sahaja harga pasaran minyaknya hanya RM1.39 seliter. 3 ringgit Malaysia bersamaan 9 junaih Sudan.(100 usd= RM300 = SDG 900).Ini bermakna, memiliki 150 USD hingga 200 USD sudah memadai bagi kos sara hidup bulanan di Sudan.

#Post seterusnya akan memaparkan senarai jurusan pengajian dan yuran bagi universiti-universiti di Sudan .

No comments:

Post a Comment