Friday 29 May 2015

Prosedur Datang Ke Sudan

Prosedur Datang Ke Sudan

A) PENGURUSAN SIJIL DI MALAYSIA BAGI KEMASUKAN UNIVERSITI DI SUDAN

1) Dapatkan SLIP / SIJIL SPM

2) Terjemah SLIP / SIJIL SPM di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dalam Bahasa Arab
    Alamat : Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.    
   Bayaran sebanyak RM50

3) Dapatkan COP (Certified Original Copy) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
   Alamat : Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya, Malaysia.
   Tiada bayaran dikenakan.

4) Dapatkan COP daripada Kementerian Luar Negeri Alamat : Wisma Putra, Putrajaya.
    Bayaran sebanyak RM 30.

5) Dapatkan COP daripada Kedutaan Sudan di Malaysia
   Alamat : Taman Ampang Utama, Jalan 6, 55000 Kuala Lumpur (Berhampiran Ampang Point)
   Bayaran RM300.

p/s : pastikan SIJIL ASLI DAN TERJEMAHAN dibawa ke Sudan.

B) PROSES PERSEDIAAN URUSAN DATANG KE SUDAN

1) Passport : 3 Tahun - RM 150 / 5 Tahun

2) Gambar berukuran passport : 10 Keping

3) Sijil Asli dan Terjemahan : Fotocopy depan dan belakang

4) Suntikan : Yellow fever / Medigities

5) Visa kemasukan ke Sudan (Pelancong) : RM 220

6) Tiket : Harga mengikut penerbangan dan musim

7) Ubat-ubatan

** Kewangan (duit) pastikan sudah ditukar dalam DOLAR (USD)
** Tiada transaksi Bank antara Malaysia dan Sudan

C) PROSES URUSAN KETIKA TIBA DI SUDAN

1) Pastikan Tasjil Ajanid (utk yang kali pertama datang) dibuat dalam masa 24 jam selepas tiba di Sudan.
    Bayaran = 350 SDG / +-50 USD

LAIN-LAIN KEPERLUAN

1) Keperluan peribadi tidak disediakan (tilam/katil/almari/selimut/bantal) : +- 150 USD / +- RM 450

2) kos perbelanjaan bulanan (Sewa rumah, Makan, Pengangkutan) : maximum = RM 500 / minimum RM 350

3) Kos pengurusan pelajar : 50 USD / RM 170 **Harga yang dicatit kemungkinan akan berubah mengikut keadaan semasa

1 comment: